MENU BLOG

Saturday 27 September 2014

Imam Ghazaly

                                          
Riwayat Hidup


a.Imam  Al-Ghazali  dilahirkan  pada  tahun  450  Hijrah  bersamaan  dengan  1058  Masihi  di  at- Taabiran/Ghazalah  di bandar Tus, Khurasan (Iran).


b.Nama  sebenarnya  ialah  Abu  Hamad  Muhammad  bin  Muhammad  bin Muhammad  bin  Ahmad  Al- Ghazali.


c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.


d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.


e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir  dan ahli falsafah  Islam  yang terkemuka  hingga kini.


f.Beliau  meninggal  dunia  pada  hari  Isnin  14  Jamadilakhir   tahun  505  Hijrah  (  1111M)  di  Tus  dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.


Peribadi


a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.


d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk   bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.


e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan  nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.



Pendidikan
a.Pada  peringkat  awalnya  beliau  mendapat  pendidikan  secara  percuma  kerana  keluarganya  miskin.
Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.


b.Beliau  seterusnya  mempelajari  tauhid,  mantiq,  usul  fikah  dan  falsafah   serta  menyelidik  dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir  dalam bidang-bidang tersebut.

 c.Selepas  itu  beliau  menyambung  pelajarannya  dengan  seorang  guru  yang             bernama  Ahmad  Al- Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.


d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.


e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang  dipelajarinya.


f.Sewaktu   dalam   pengembaraan,   beliau   telah   menulis   kitab   "Ihya   Ulumiddin"   yang   memberi sumbangan  yang  besar  kepada  masyarakat  dan  pemikiran  Islam  dalam  semua  masalah  yang  mana masih menjadi rujukan  pada masa kini.



Sumbangan


a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan  dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.


b.Imam  Al-Ghazali  adalah  seorang  merupakan  ahli  fikir  Islam  yang  telah meninggalkan  jasa  yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.


c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.


d.Hasil  karya  beliau  yang  terkenal  ialah  Ihya  Ulumiddin yang  merangkumi  ilmu  akidah,  fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.


e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin
ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan  Syah Waliyullah.


f.Kebanyakkan  hasil-hasil  karya  Imam  Al-Ghazali  berbentuk  falsafah.  Oleh  hal  yang  demikian pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali   adalah seorang ahli falsafah. 

0 komentar: